Rodri Hernández
Rodri Hernández

Rodri Hernández

Rodrigo Hernández Cascante (lahir 22 Jun 1996), dikenali sebagai Rodri atau Rodrigo, ialah pemain bola sepak profesional Sepanyol yang beraksi di posisi pemain tengah bertahan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Sepanyol. Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia di posisinya,[3][4][5] beliau dikenali dengan kelebihan bertahan dan posisi serangan, merebut bola, melakukan hantaran dan pengawalan bola yang baik.Selepas menempuh karier bersama kelab Villarreal dan Atlético Madrid di La Liga, Rodri telah menyertai Manchester City pada tahun 2019. Beliau membantu pasukannya meraih tiga kejuaraan liga berturut-turut pada musim 2020-21, 2021-22 dan Liga Perdana Inggeris 2022-23. Beliau juga sebahagian daripada kempen yang merebut treble bersejarah. Treble tersebut termasuklah kejayaan Liga Juara-Juara apabila beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi final dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.Rodri merupakan pemain antarabangsa Sepanyol yang telah melakukan debut bersama skuad senior pada tahun 2018. Beliau telah mewakili pasukannya ke kejohanan UEFA Euro 2020 dan Piala Dunia FIFA 2022. Pada tahun 2023, pasukannya menjuarai Liga Negara-Negara UEFA dan beliau telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik pada aksi final.

Rodri Hernández

2012 Sepanyol B16
2015 Sepanyol B19
2017 Sepanyol B21
2007–2013 Atlético Madrid
Tarikh lahir (1996-06-22) 22 Jun 1996 (umur 27)
Kelab terkini Manchester City
2006–2007 Rayo Majadahonda
Nombor 16
Nama penuh Rodrigo Hernández Cascante
2013–2015 Villarreal
Posisi permainan Pemain tengah bertahan[2]
Tempat lahir Madrid, Sepanyol
Tahun Pasukan
2018– Sepanyol
2019– Manchester City
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)[1]
2015–2018 Villarreal
2018–2019 Atlético Madrid
2015–2016 Villarreal B

Rujukan

WikiPedia: Rodri Hernández https://www.theguardian.com/football/2019/jul/03/m... https://web.archive.org/web/20200219233910/https:/... https://vbetnews.com/ballon-dor-2022-power-ranking... https://topsoccerblog.com/top-best-midfielders-in-... https://www.1sports1.com/best-midfielders-world-ri... https://www.bdfutbol.com/en/p/j23121.html?temp=201... https://web.archive.org/web/20200219235517/https:/... https://www.bdfutbol.com/en/p/j23121.html?temp=201... https://web.archive.org/web/20200219235731/https:/... https://www.bdfutbol.com/en/p/j23121.html?temp=201...